Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Warga TELES Pilih Muhammad Zulhasyri Din

By 28 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Muhammad Arief Hasbollah Amin (Marang)

MARANG, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Muhammad Zulhasyri Din diberi mandat oleh pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara (TELES) untuk menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Prauniversiti (PPU) TELES bagi sesi 2024-2025 menerusi simulasi pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu yang diadakan, di sini semalam.

Semua pelajar Tingkatan Enam TELES bergambar bersama guru-guru serta pegawai daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu dan Pejabat Penerangan Daerah Marang selepas selesai Program Demokrasi Kita.

Zulhasyri, 19, daripada Parti Kunci mendapat majoriti undi sebanyak 110 undi menewaskan Parti Pen yang diwakili oleh Muhammad Danish Haikal Abdul Rahim, 19, dan Parti Buku yang diwakili oleh Ahmad Sidqie Zikri Samsudin, 19.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah mengundi saya untuk mewakili mereka dan saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi PPU sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas program.

Sementara itu, menurut Penolong Kanan Tingkatan Enam Zuliana Abd Rahman, seramai 167 pelajar Tingkatan Enam daripada SMK TELES yang diberi peluang untuk melakukan simulasi proses pengundian sebenar ini memberi impak besar kepada pelajar.

Pelajar Tingkatan Enam sedang beratur untuk membuang undi ketika simulasi pilihan raya, Program Demokrasi Kita yang diadakan di sekolah tersebut, semalam.

“Saya berbesar hati apabila sekolah kami terpilih dalam program demokrasi kita kerana program ini sangat bermakna dan memberi pendedahan yang bagus untuk pendidikan mereka terutamanya kepada pelajar yang mengambil subjek Pengajian Am yang mana mereka telah belajar teori mengenai perjalanan pilihan raya dalam silibus demokrasi berparlimen dan simulasi pada hari ini sebagai aplikasi hasil pembelajaran mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda