Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Warisan Kraf Harus Dipelihara Agar Tidak Lapuk Dek Zaman

By 31 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim

KEMAMAN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai usaha boleh dilakukan agar warisan kraf di negara ini terus kekal terpelihara dan tidak lapuk dek zaman. Antaranya adalah mewariskan ilmu dan kemahiran kepada generasi pelapis masa kini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) telah mengadakan Sesi Walkabout bersempena dengan Festival Kraf Terengganu 2024 (FKT) bertempat di Kemaman Area Square, Padang Astaka Chukai, di sini kelmarin.

Antara yang menarik perhatian di festival ini pengunjung adalah demonstrasi pembuatan parang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Dr. Yasmeen Yasim ketika ditemu bual Malaysiaaktif, berkata FKT 2024 yang bermula pada 22 Ogos hingga 1 September ini melibatkan seramai 42 orang usahawan kraf terdiri daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf serta mensasarkan seramai 50,000 orang kehadiran pengunjung.

Menurutnya lagi, sempena walkabout ini turut disampaikan Kit Cakna Kraf yang mengandungi kit tapestri, kit mewarna batik dan kit anyaman rotan kepada 10 buah sekolah di negeri Terengganu.

“Kit Cakna Kraf adalah inisiatif Kraftangan Malaysia untuk melindungi warisan kraf negara agar sentiasa terpelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang melalui pemerkasaan pengetahuan berkaitan seni kraf,” katanya.

Dr. Yasmeen Yasim (tengah) menyampaikan Kit Cakna Kraf kepada 10 buah sekolah di Negeri Terengganu.

Festival ini turut menampilkan Pameran Tokoh Kraf Negara (TKN) dan Adiguru Kraf (AGK) daripada negeri Terengganu iaitu Noorhaiza Noordin (TKN Ukiran Halus), Hajah Habibah Zikri (TKN Tenunan Songket), Hajah Zainab@ Ngah Mamat (TKN Tenunan Songket), Kelsom Abdullah (AGK Anyaman Mengkuang), Salleh Mohd (AGK Tembaga) dan Wan Manang Wan Awang (AGK Songket).

Turut hadir Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk`Ainu Sham Haji Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda