Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

180 Peserta Konvoi Bermotor Meriahkan Jelajah Merdeka

By 13 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Abd Aziz/Mohamad Zulfikri Hadzari

GUA MUSANG, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Jelajah Kemerdekaan di bawah Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Daerah Gua Musang telah berakhir semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 DUN Galas.

Jelajah Merdeka ini melibatkan tiga DUN iaitu DUN Nenggiri pada 4 September, diikuti DUN Paloh pada 11 September dan DUN Galas pada 12 September yang melibatkan seramai 180 orang peserta konvoi bermotor dari sembulan Komuniti MADANI Daerah Gua Musang.

Peserta konvoi disambut oleh Pengerusi PIBG dan Pengetua SMK Tengku Indera Petra 2.

Pengetua SMK Tengku Indera Petra 2, Haji Aminuddin Mohd Isa, 54, berkata program jelajah kemerdekaan ke sekolah adalah satu pendekatan yang perlu diteruskan.

“Penglibatan Kelab Malaysiaku dan sekolah sebagai tempat persinggahan Jelajah Kemerdekaan telah memberi peluang dan menyuntik semangat pelajar bagi sambutan bulan kebangsaan,” katanya semalam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang Norhayati Shamsu Anuar, objektif Jelajah Kemerdekaan tahun ini adalah menyantuni ahli Kelab Malaysiaku dengan menggabungkan semua Komuniti MADANI di Daerah Gua Musang untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

“Peserta konvoi seramai 180 orang daripada Komuniti MADANI adalah daripada kalangan orang dewasa dan mereka ingin sama-sama merasai kemeriahan anak-anak menyambut kemerdekaan di sekolah,” katanya.

Sebanyak tujuh Kelab Malaysiaku terlibat di dalam program Jelajah Kemerdekaan ini dan terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah antaranya pameran kerjaya, pertandingan pidato, keceriaan kelas, menghias payung pemerdekaan, pakaian beragam dan reka cipta kemerdekaan serta persembahan nyanyian dan tarian pelbagai kaum.

Program telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tengku Indera Petra 2 Haji Syahbudin Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda