
Laporan/foto: Khairunnisa Ismail/Mohd Zamzuri Salleh
KOTA BHARU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan Hari Malaysia seramai 200 penduduk Kampung Pulau Belanga disantuni menerusi Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka.
Program ini diadakan dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik bertemakan kemerdekaan termasuk ceramah, pertandingan mewarna, wau berhias, pertandingan congkak dan banyak lagi.

Muhammad Hafiz ketika menyampaikan ucapan.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Belanga Muhammad Hafiz Ramzi, 37, beliau sangat menghargai pelaksanaan program begini dalam usaha menyampaikan pemahaman dan dasar-dasar kerajaan.
“Program anjuran Jabatan Penerangan merupakan program pertama Persatuan Penduduk Pulau Belanga dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemai nilai-nilai murni antara penduduk di samping menggelorakan semangat kemerdekaan melalui program yang dijalankan ini,” katanya semalam.
Ketua Komuniti Madani Panchor Perdana Badrul Hisyam Samsudin, 39, berkata beliau gembira dan teruja akan sambutan baik kehadiran ahli komuniti dan juga penduduk di sekitar Pulau Belanga yang sama-sama menjayakan program ini.

Edaran bahan penerbitan jabatan bagi menambah ilmu dan informasi kepada orang awam.
“Saya berharap agar masyarakat akan sentiasa menjaga perpaduan dan mencintai negara,” katanya.
Selain kempen satu rumah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di sekitar Kampung Pulau Belanga, penduduk juga turut bekerjasama menghiasi tapak program dengan Jalur Gemilang.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Mohd Zamzuri Salleh, Ketua Balai Polis Binjai Sarjan Mejar Harun Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Pulau Belanga Hamidah Hussin.
-ZS-