Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

300 Sertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Masjid Jamek Badlishah Pekan Yan

By 27 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Mohamad Rafizi Rahman (Yan)

YAN, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 300 penduduk menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Masjid Jamek Badlishah Pekan Yan yang diadakan semalam bagi meraikan keputeraan Baginda Rasulullah SAW.

Sebahagian tetamu yang hadir.

Sebanyak 15 kontinjen memeriahkan sambutan kali ini antaranya Masjid Keda Nurul Iman, Masjid Hj Nyak Gam dan lain-lain.

Ceramah yang disampaikan oleh pendakwah bebas Al Fadzil Ustaz Adnan Kamarudin yang mengajak semua umat Islam menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW khususnya dalam kehidupan seharian.

“Maulidur Rasul ini bukan hanya sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi juga mengingatkan umat Islam untuk terus mencontohi keperibadian mulia serta memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

“Semoga semangat Sambutan Maulidur Rasul ini mendorong kita semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan, bukan hanya dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi di samping beristiqamah dalam meneladani Baginda Nabi Muhammad SAW,” pesannya sebelum mengakhiri ceramah.

Menurut wakil pemenang perarakan Maulidur Rasul dari kontinjen Masjid Nurul Iman Rozita Ramli, 42, selain meraikan keputeraan Nabi Muhammad SAW, program ini juga mampu menjalin ukhwah dalam kalangan penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda