Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

35 Bot Berkonvoi di Sungai Pahang Membawa Semangat Merdeka

By 8 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/PenPekan (Pekan)

PEKAN, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat kemerdekaan turut dirasai oleh pemilik-pemilik bot di Sungai Pahang dengan acara berkonvoi menghilir ke bandar Pekan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, di sini semalam.

Perjalanan Konvoi Merdeka Bot bermula.

Sebanyak 35 buah bot berjaya dikumpulkan untuk tujuan tersebut yang mana pemilik bot berkenaan ada yang datang dari Temerloh, Chenor, Bera, Kuala Triang, Pejing. Belimbing, Chini dan Temai.

Pengerusi Komuniti MADANI Mukim Temai Mohd Zulkifli Muda, berkata program ini hasil gandingan Komuniti MADANI dan pemilik bot hanya mempunyai satu tujuan iaitu menyemarakkan rasa cintakan negara di Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Peserta bergambar di Jeti Riverfront Pekan sebelum bergerak balik ke kawasan masing-masing.

“Saya sering membaca tentang konvoi Hari Kebangsaan secara bermotosikal dan berkereta maka kali ini saya dan rakan-rakan adakan konvoi menggunakan bot bagi memberi peluang kepada semua untuk turut merayakan hari istimewa ini dan hasilnya pada hari ini 35 bot berjaya dikumpulkan,” katanya.

Pelancaran konvoi dilakukan oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Pekan Fariz Abd Rahim di Jeti Kampung Temai Hilir dan konvoi disambut oleh Pegawai Penerangan Daerah Pekan di Jeti Riverfront kira-kira pukul 11.30 pagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda