Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

46 Mangsa Banjir di Perlis Terima Sumbangan

By 19 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 46 keluarga mangsa bencana banjir di negeri Perlis menerima bantuan Sumbangan Ihsan Perdana Menteri dan Bantuan Wang Ihsan (BWI) pada petang ini, bertempat di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan di tiga PPS yang dibuka di negeri Perlis.

Sumbangan tunai meringankan bebanan mangsa banjir.

“Pihak ICU menyerahkan sumbangan tunai kepada 46 ketua isi rumah, iaitu mangsa banjir dalam membantu meringankan bebanan,” ujar Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Maznah Musa ketika ditemui petang tadi.

Beliau kemudiannya meneruskan penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di tiga lagi PPS yang bertempat di PPS SK Dato’ Ahmad Musa, PPS SK Kubang Gajah dan juga PPS SK Arau.

Antara sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Sena.

Mangsa banjir yang sempat ditemui Rogayah Darus , 65, dari Kampung Bakau menyatakan rasa syukur terhadap keprihatinan kerajaan meringankan beban mereka.

“Saya ucapkan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri) atas keprihatinan memberi sumbangan kepada saya sekeluarga.

“Insya-Allah, saya akan gunakan sebaiknya terutama menggantikan kelengkapan rumah yang rosak,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda