
Laporan/foto: Khairul Othman (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 800 orang memenuhi Dewan Orang Ramai Renggoh, Johol, di sini malam semalam bersempena Ceramah Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat DUN Johol yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Johol dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Setia Kasih (PEKASIH) Air Mawang dan Komuniti MADANI Renggoh.

Orang ramai memenuhi Dewan Terbuka Renggoh.
Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ini telah disampaikan oleh penceramah tersohor Ustaz Datuk Mohammad Kazim Elias.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Renggoh Jalaludin Shariff, objektif utama sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam sebagai cara hidup dan mentarbiyah masyarakat beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.
“Selain itu ini juga adalah hasrat Datuk Saiful Yazan Sulaiman Ahli Dewan Undangan Negeri Johol untuk menyatupadukan masyarakat di DUN Johol tanpa mengira latar belakang politik,” katanya.

Alunan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW pembuka majlis.
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato Haji Mohamed Haji Abdullah Undang Luak Johol turut mencemar kaus hadir pada sambutan ini.
-ZS-