Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Alunan Kompang Iringi Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan di STUNT

By 13 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief/ SMK Tun Telanai – Official

MARANG, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Gema kompang pimpinan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai (STUNT) mengiringi langkah para guru di majlis perasmian penutup sambutan Bulan Kemerdekaan STUNT bagi tahun 2024, di sini kelmarin.

Guru-guru menyanyikan lagu patriotik Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang.

“Sesi persekolahan merupakan platform terbaik bagi memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum di awal usia lagi. Melalui sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar warga sekolah dapat menjiwai erti kemerdekaan dan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi pada hari ini,” ujar Pengetua STUNT Arina Abd Rahman.

Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan ini sebagai tanda penghargaan atas penglibatan pelajar.

Adawiyah Othman (tengah) hadir merasmikan program.

Majlis penutup dimeriahkan dengan pelbagai persembahan antaranya sajak kenegaraan, sketsa rukun negara dan pelbagai lagi.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Marang Adawiyah Othman sekali gus merasmikan majlis penutup sambutan Bulan Kemerdekaan STUNT.

-ZS-

Tinggalkan komen anda