Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Berarak Sempena Maulidur Rasul dan Hari Malaysia

By 17 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Norshahira Mohd Nasir

KOTA BHARU, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Hari Malaysia sejauh 2 kilometer bersempena program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka Seribong, semalam.

Perarakan mengelilingi Kampung Seribong yang mengambil masa selama 30 minit.

Mohd Zamzuri Salleh berucap merasmikan program jiwa komuniti madani@merdeka Seribong, manakala sebelah Ketua Komuniti Madani Seribong Sazali Mohd Noor.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Mohd Zamzuri Salleh, berkata penduduk dapat menyaksikan dua perkara penting yang berlaku serentak.

“16 September adalah tarikh hari pembentukan Malaysia dan juga hari kelahiran Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika ucapan perasmian program.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Sazali Mohd Noor, dua sambutan dan perarakan tersebut merupakan sambutan julung kali diadakan.

Hadirin yang hadir di Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka Seribong.

“Saya merasa gembira kerana semua orang kampung berganding bahu menjayakan dua perayaan serentak hari ini dan perarakan ini berjalan lancar seperti dirancang dan menjadi kenangan manis buat kami semua,” ujarnya.

Sementara itu, suri rumah, Sakinah Mohd Noor, 54, berkata dia bersama anak-anak merasa teruja menyertai perarakan ini.

“Saya dapat tahu acara ini melalui hebahan di masjid dan saya datang bersama anak-anak.

“Saya rasa sangat gembira dapat berkumpul bersama orang kampung dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda