Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bomba Cilik Tarik Perhatian

By 1 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul

KUANTAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Populariti ‘abang bomba’ menjelang perbarisan Hari Kebangsaan tidak menghalang untuk bomba cilik tampil istimewa dan memenangi tempat pertama acara perbarisan bagi segmen pendidikan.

Aksi ketika lintas hormat.

Seramai 20 orang bomba cilik dari Kelab 3K di daerah ini tampil bersemangat dan menarik perhatian pengunjung yang menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang, di sini semalam.

Menurut guru pengiring dari Tadika Seri Iman Intelek, Bukit Sekilau Siti Rohana Che Yusof, murid dari tadikanya telah menyertai acara perbarisan sejak dari tahun 2015.

“Memang ada macam-macam ragam, tapi anak-anak murid semua seronok,” katanya.

Pemimpin anak-anak bomba cilik.

Ujarnya lagi, kebiasaan murid yang menyertai perbarisan ini adalah daripada murid yang berusia enam tahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda