Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Cakna Status Kesihatan, Manfaatkan Saringan Kesihatan Percuma

By 22 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Dungun)

DUNGUN, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat digesa untuk lebih cakna akan status kesihatan semasa bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan memanfaatkan saringan kesihatan percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Antara warga komuniti Taman Bukit Indah yang mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Program Outreach Komuniti Sihat anjuran Komuniti MADANI Taman Bukit Indah dengan kerjasama U.n.i Klinik Dungun dan Majlis Belia Daerah Dungun telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti, di sini kelmarin.

Ketua Komuniti MADANI Taman Bukit Indah Sahrizan Rokit, berkata menerusi program ini orang ramai boleh meningkatkan pengetahuan mereka terhadap sesuatu penyakit sekaligus mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Selain pemeriksaan kesihatan asas turut diadakan pemeriksaan kesihatan B40 dan perkongsian info gaya hidup sihat.

“Masih ramai yang kurang peka terhadap kepentingan melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan dan saya mengambil inisiatif menjemput U.n.i Klinik Dungun untuk datang ke Taman Bukit Indah supaya warga komuniti di sini lebih mudah untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini,” katanya.

Program yang bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir 1.00 petang ini dihadiri oleh lebih 30 warga komuniti di sini.

Selain pemeriksaan kesihatan asas turut diadakan pemeriksaan kesihatan B40 dan perkongsian info gaya hidup sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda