Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanSelangor

Ekonomi Malaysia Semakin Pulih – Amirudin

By 22 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat semakin mantap apabila mencatatkan 5.8 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pertumbuhan tersebut hasil kestabilan politik dan strategi kerajaan menarik pelabur.

Amirudin bergambar dengan para pemenang pertandingan tanglung.

“Bank Dunia anggarkan pertumbuhan suku ketiga 2024 lebih kurang 4.5 atau 4.6 peratus.

“Tetapi di suku ketiga kita catatkan pertumbuhan 5.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Pesta Tanglung dan Kuih Bulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua 2024 di Selayang Baru, di sini semalam.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memaklumkan kedudukan ringgit juga lebih kukuh apabila kelmarin mencecah kurang daripada RM4.20 berbanding 1USD.

Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Datuk Seri Amirudin di Sambutan Pesta Tanglung semalam.

“Apabila ringgit semakin kukuh dan ekonomi bertambah baik, rakyat akan dapat meningkatkan peluang ekonomi serta melaksanakan perniagaan.

“Kerajaan tidak akan berhenti berusaha memulihkan ekonomi negara di samping membanteras rasuah serta salah guna kuasa,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda