Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Elak Jadi Mangsa Pemerdagangan Orang

By 25 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor/Husney Hamid (Manjung)

AYER TAWAR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Satu taklimat mengenai Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah diadakan di Dataran Aki Mutalib Kampung Telaga Nenas, di sini semalam.

Sekitar hadirin yang hadir ke taklimat MAPO yang terdiri daripada penduduk Kampung Telaga Nenas.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung itu memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam dalam memerangi jenayah penyeludupan manusia yang akan mencemarkan imej negara.

Pegawai Penerangan Daerah Manjung Anita Omar, menasihati orang ramai untuk melaporkan kegiatan ini kepada agensi terlibat sekiranya berlaku.

“Kegiatan ini bakal mencemarkan imej negara Malaysia dan menyebabkan timbulnya isu antara negara khususnya yang melibatkan perhubungan antarabangsa.

Hadir sama berucap Penghulu Mukim Lumut Nor Shahidah Ahamed.

“Ia juga akan menjejaskan ekonomi negara. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan kutipan cukai akan berkurang dan kerajaan akan membelanjakan jumlah yang besar bagi tujuan kesedaran, pendakwaan serta perlindungan kepada mangsa,” katanya ketika memberi taklimat MAPO.

-ZS-

Tinggalkan komen anda