
Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Nur Syukri
PORT DICKSON, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya, Festival Caklempong 2024 akan diadakan pada 27 hingga 28 September ini di Gembox Nilai, Negeri Sembilan.

Nicole Tan Lee Koon ketika sidang media Festival Caklempong 2024.
“Festival ini bakal memartabatkan seni dan budaya melalui Persembahan dan Pertandingan Caklempong yang akan dinikmati oleh masyarakat setempat dan para pelancong,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nicole Tan Lee Koon, ketika sidang media di Dickson Dragon Cruise, di sini semalam.
Antara aktiviti menarik sempena Festival Caklempong ini ialah Konsert Caklempong Extravaganza yang menampilkan artis Datuk Zainal Abidin, Baby Shima dan ramai lagi.

Sekitar sidang media.
Selain itu, beberapa acara pertandingan juga akan diadakan seperti Pertandingan Caklempong Kreatif, Pertandingan Caklempong Solo, Pertandingan Pa’Chik Formasi Berirama, Pertandingan Ratu Telepuk, Pertandingan Tarian Rampaian Seri Sembilan, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Busana Kitar Semula, Hot Air Balloon dan banyak lagi.
-ZS-