
Laporan/foto: Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Fiesta Belia Merdeka 2024 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Dataran Merdeka, semalam.
Acara tersebut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

Majlis perasmian Fiesta Belia Merdeka telah disempurkan oleh Azman Abidin.
“Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan dalam kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.
“Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut,” kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin ketika merasmikan Fiesta Belia Merdeka 2024.

Antara reruai yang terdapat di Fiesta Belia Merdeka 2024.
Antara acara utama yang berlangsung termasuklah Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya PERKESO, Bike Show Belia Permotoran, Forum Belia Berisiko, Pertandingan Filem Pendek, Hari Rock Negara dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
Fiesta Belia Merdeka 2024 menjadi saksi kepada sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China mendapat sokongan penuh daripada tokoh-tokoh pemimpin negara, termasuk Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
-ZS-