Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Fun Walk D’Sawah Serikan Sambutan Hari Malaysia Komuniti MADANI DUN Alor Mengkudu

By 17 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)

ALOR SETAR, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Kira-kira 300 peserta terdiri daripada ahli-ahli Komuniti MADANI bersama masyarakat setempat memeriahkan aktiviti Fun Walk D’Sawah sempena Program JIWA Peringkat Dun Alor Mengkudu dan meraikan sambutan Hari Malaysia, di sini semalam.

Aktiviti yang diadakan di Perkarangan Tali Air MADA Kampung Tok Seron, itu bermula seawalpukul 7.00 pagi dengan senamrobik sebelum sesi pelepasan peserta yang disempurnakan oleh Pengerusi Belia 4B Negeri Kedah Muhammad Najib Mohd Taib.

“Peserta perlu menghabiskan berjalan kaki secara suka-suka sejauh 4 kilometer di sepanjang ban terusan MADA dan mengemukakan catatan masa tamat berjalan kepada penganjur sebelum boleh menuntut sijil penyertaan dan hadiah iringan,” kata Ketua Komuniti MADANI Saga DUN Alor Mengkudu Mohd Firdaus Mehat.

Salah seorang peserta, Nur Ainul Mardiah Mohd Nawawi, 18, meluahkan rasa gembira dengan penganjuran program seperti ini kerana dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain dari acara larian ceria, turut dianjurkan pertandingan memancing ikan di sepanjang Terusan Tali Air MADA, acara cabutan bertuah serta aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pokok Sena.

-ZS-

Tinggalkan komen anda