
Laporan/foto: Azrul Azham
JERANTUT, 2 Sep (Malaysiaktif) – Sebanyak 100 sarang telur telah digunakan oleh penduduk Perumahan Banjir Kuala Teh untuk menyediakan Jalur Gemilang dan juga bendera negeri Pahang.
Menurut wakil Blok D, Basri Abdul Kadir, 53, hasil berbincang sesama penduduk Blok D telah bersepakat memilih sarang telur untuk dijadikan sebagai Jalur Gemilang dan bendera Pahang gergasi di mercu tanda perumahan ini untuk Pertandingan Tugu Merdeka Peringkat Perumahan Banjir Kuala Teh ini.
“Proses menyiapkan bendera dan seluruh tugu ini mengambil masa selama dua minggu hasil kerjasama gotong-royong semua penduduk di Blok D yang terdiri daripada 30 buah rumah,” ujarnya semalam.
Program diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat KRT Perumahan Banjir Kuala Teh yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pejabat Perpaduan Daerah Jerantut dan Pejabat Penerangan Daerah Jerantut.
-ZS-