Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JaPen Perkukuh Jalinan Kerjasama dengan Kolej Komuniti Mas Gading

By 14 September 2024Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman, Jackson Abell/Denis Etem (Sarawak)

KUCHING (Bau), 14 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) melalui Pejabat Penerangan Daerah Bau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kolej Komuniti Mas Gading bagi memperkukuh jalinan kerjasama menghebahkan maklumat kenegaraan, semasa dan inisiatif sejahtera Malaysia Madani kepada generasi muda khususnya pelajar kolej semalam.

Khalid menyatakan kesediaan membantu JaPen Daerah Bau menghebahkan maklumat kenegaraan, semasa dan inisiatif sejahtera Malaysia Madani kepada generasi muda khususnya pelajar kolej itu.

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman dan turut dihadiri Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Khalid Husseine Tuah serta pegawai-pegawai kanan kolej tersebut terdiri daripada Timbalan Pengarah Pengurusan Munirah binti Yahya, Timbalan Pengarah Akademik Yvone Xavera Dady, Ketua Unit Landskap Nor Akma Zawahir@Abdul Shukor, Pegawai Pengambilan, Stephanie Annie Tupi, Pegawai Pembangunan Pelajar Nur Syafiqah Abd Samad dan pelajar latihan industri, Daphne Cornelia Dewis.

Menurut Sumardi, kunjungan hormat dengan rakan strategik JaPen Bau itu bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia terjalin dan menjemput kolej tersebut dalam program anjuran pihaknya di daerah ini.

“Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dengan rakan strategik JaPen Bau iaitu Kolej Komuniti Mas Gading dalam memasarkan maklumat kenegaraan, semasa dan inisiatif sejahtera Malaysia Madani kepada komuniti setempat di kawasan ini khususnya generasi muda iaitu pelajar kolej,” ujar Sumardi.

Antara maklumat yang dihebahkan dalam pertemuan itu merangkumi Sambutan Hari Malaysia, Penghayatan Rukun Negara dan Inisiatif Sejahtera Malaysia Madani, penipuan dalam talian dan buli siber dan lindungi diri dan keluarga daripada ancaman dadah.

Selanjutnya Sumardi menjelaskan pertemuan itu juga memfokuskan kepada menghebahkan maklumat Sambutan Hari Malaysia, Penghayatan Rukun Negara, Inisiatif Sejahtera Malaysia Madani, penipuan dalam talian dan buli siber dan lindungi diri dan keluarga daripada ancaman dadah.

Sebaik sahaja selesai perbincangan itu atur cara diteruskan dengan Sumardi menyerahkan Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah kepada Khalid.

Bagi mempromosi dan memeriahkan Sambutan Hari Malaysia, Sumardi menyerahkan Poster Sambutan Hari Malaysia kepada Khalid.

Terdahulu Sumardi menyeru warga kolej menyertai Pertandingan Doodle Kenali ASEAN Kategori Terbuka (Berumur 18-50 tahun sahaja), Pertandingan Identiti Anak ASEAN Kategori Murid Sekolah (Berumur 7-12 tahun sahaja) dan Pertandingan ILHAMASEAN Kategori Murid Sekolah (Berumur 13-19 tahun sahaja).

Turut sama dalam program ini Pegawai Penyelaras Komuniti Madani DUN Tasik Biru Denis Etem yang juga merupakan Ketua Unit Bergerak JaPen Bau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda