
Laporan/foto: Shahfiq Aqmal Akil/Kamarulzaman Ahmad (Sarawak)
DALAT, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat Daerah Dalat telah banyak memberikan manfaat dan maklumat berguna semasa kepada penduduk setempat.

Dr. Fiza Ali menyampaikan ceramah mpox.
Ketua Komuniti MADANI Dalat Azwan Mohamad, 30, berkata maklumat yang diperolehi seharusnya disebar luas dan dikongsi bersama ahli keluarga serta komuniti lain.
“Program seperti ini banyak memberikan manfaat dan maklumat semasa untuk komuniti dan harus menyebarkan luaskan maklumat yang telah disampaikan kepada keluarga, saudara-mara mahupun jiran tetangga,” katanya.
Sebanyak tiga Komuniti MADANI menjayakan program tersebut bertempat di Dewan Kampung Kekan, di sini kelmarin.

Azwan ketika menyampaikan ucapan.
Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan cacar monyet (mpox) oleh Dr. Siti Nurhafiza Ali dari Pejabat Kesihatan Daerah Mukah dan Ceramah Hak Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Cawangan Mukah.
-ZS-