Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jiwa Merdeka Kangar Jaya Menambat Hati Pemuda

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kampung Desa Permai bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan yang lebih mengujakan para pemuda iaitu belia, turut serta menjayakan berkenaan.

Ketua Komuniti MADANI Kangar Jaya Saiful Fariddil Jasmi, berkata program pada kali ini, mendapat sambutan yang sangat menggalakkkan daripada penduduk sekitar Kangar Jaya termasuk belia.

Salah satu daripada 13 pasukan yang bertanding.

“Anak muda ni, kita perlu tahu apa yang mereka minat. Oleh yang demikian pertandingan Futsal Tertutup DUN Kayang 2024 adalah satu idea bagi menggalakkan penyertaan belia,” katanya.

Dengan 13 pasukan yang terdiri tujuh orang bagi satu pasukan, kejayaan kehadiran lebih daripada 100 orang belia ini, bagi program-program berbentuk kenegaraan ini dilihat sebagai sebuah inisiatif yang berjaya membawa belia untuk turut serta.

“Program JIWA Komuniti MADANI @ Merdeka di bawah kelolaan Komuniti MADANI Kangar Jaya, telah membuktikan sesebuah program itu akan turut disertai oleh belia apabila di fahami apa yang disukai mereka, ujar Saiful ketika pertandingan futsal di gelanggang futsal Kampung Desa Permai, di sini yang telah berlangsung kelmarin.

Piala serta pingat bagi pemenang.

“Saya melihat, bagi menjayakan sesuatu program, kita perlu melihat seluruh peringkat umur dapat sertai program kenegaraan seperti ini”, katanya.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan bagi menarik penduduk kampung dari pelbagai lapisan umur antaranya
Perarakan Merdeka, Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Futsal Kemerdekaan dan juga cabutan bertuah.

Program JIWA Komuniti @ Merdeka ini turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampungg Desa Permai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda