Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Rahmah Madani Tarikan Pengunjung Desa Keda Sungai Salleh

By 9 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Beras 5 kilogram (kg) hanya RM15  merupakan tarikan utama pengunjung ke Desa Keda Sungai Salleh sempena Jualan Rahmah Madani anjuran Komuniti MADANI Selama bersama Gerakan Pengguna Daerah Kulim.

Jawatankuasa Komuniti MADANI bersama agensi yang hadir menjayakan program.

Kebanyakkan pengunjung yang hadir mengambil peluang membeli beras kerana harga yang murah dan berpatutan.

Antara barangan yang dijual merupakan barangan asas harian seperti minyak masak, tepung, gula, susu tin, serta sabun cucian pinggan dan lain-lain dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran.

“Penganjuran program seperti ini memberi kesan positif dalam usaha meringankan kos sara hidup masyarakat Malaysia Madani terutama kepada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman jauh dari bandar,” kata pengunjung Nor Syam Johan, 64, kepada krew Malaysia Aktif, di sini semalam.

Gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang di Pintu Gerbang Desa KEDA Sungai Salleh.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan, aktiviti kanak-kanak bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Serdang, gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang dipintu gerbang Desa Keda Sungai Salleh serta pertandingan mewarna melibatkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Baharu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda