
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang peserta pelbagai lapisan umur telah menyertai program ‘Jalan Untuk Sihat’ (JUST) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini.

Prapelancaran Hari Sukan Negara peringkat negeri Perlis 2024 telah di lakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis Musa Salim, berkata program JUST ini adalah sebahagian daripada pengisian bagi Program Rakan Muda Mudi Perlis @ Kangar Street Art 2024 yang berlangsung dari 8 hingga 9 September ini.
“Program JUST ini menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyakat dan para peserta berjalan kaki sejauh dua kilometer di kawasan bandar Kangar ini,” ujarnya.
Tambah Salim lagi, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut dijayakan bermula semalam sempena Program Rakan Muda Muda Perlis @ Kangar Street Art ini.

150 orang belia menyertai pertandingan e-sukan sempena Program Rakan Muda Mudi Perlis @Kangar Art Street 2024 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
“Antara aktiviti adalah seperti pertandingan e-sport (e-sukan) yang menarik penyertaan seramai 150 orang, pertandingan mewarna yang disertai oleh 50 orang kanak-kanak tadika dan semalam turut diadakan juga pertandingan catur, aktiviti senamrobik dan kuiz kenegaraan sempena Hari Malaysia.
“Untuk makluman bersama, Hari Sukan Negara peringkat negeri Perlis akan diadakan pada bulan hadapan iaitu, 11 hingga 13 Oktober di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar,” ujarnya.
Prapelancaran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Perlis 2024 turut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling.
-ZS-