Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kampung Peros Dipilih Tuan Rumah Program Komuniti MADANI DUN Serembu

By 12 September 2024September 29th, 2024Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

KUCHING (Bau), 12 Sep (Malaysiaaktif) – Kampung Peros iaitu sebuah perkampungan masyarakat Bidayuh merupakan salah satu lokasi pelancongan di Daerah Bau yang terkenal dengan produk pelancongannya iaitu Bung Podad dipilih menjadi tuan rumah penganjuran Program Komuniti MADANI Peringkat DUN Serembu pada 14 September ini yang melibatkan penyertaan tiga Komuniti MADANI.

Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman mengesahkan tiga penyertaan Komuniti MADANI tersebut iaitu Komuniti MADANI Kampung Peros, Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru dan Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan bakal merancakkan program di peringkat akar umbi sempena Hari Malaysia pada 16 September nanti sebaik sahaja beliau selesai mengadakan perbincangan akhir persiapan program itu bersama Ketua Komuniti MADANI Kampung Peros Sata Najoi dan Pegawai Penyelaras Komuniti MADANI DUN Serembu Denny Asip di Pejabat Penerangan Daerah Bau.

“Syabas dan tahniah kepada Komuniti Madani Kampung Peros atas kesediaannya menjadi tuan rumah penganjuran Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Serembu pada tahun ini,” katanya semalam.

Komuniti MADANI Kampung Peros sudah bersedia untuk menjayakan program yang melibatkan tiga Komuniti MADANI di DUN Serembu.

Selain pengisian progam, tarikan program kali ini terletak kepada lokasi penganjuran iaitu merupakan perkampungan tradisional masyarakat Bidayuh Bau yang juga merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di daerah ini dengan keindahan alam semula jadi Bung Podad.

“Tiga Komuniti MADANI di kawasan ini telah mengesahkan penyertaan sekali gus penglibatan mereka bakal memacu kemeriahan program yang memaparkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara sempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

“Program bersama rakan strategik JaPen Bau iaitu Komuniti MADANI di kawasan ini merupakan salah satu usaha JaPen Bau memperkasa Komuniti MADANI di kawasan ini dengan penglibatan mereka dalam anjuran jabatan sekali gus maklumat kenegaraan, semasa dan insentif kerajaan yang sahih dan tepat yang mereka perolehi dapat dikongsikan bersama keluarga, kawan, jiran dan komuniti sekali gus membantu komuniti di sini menangani isu berita palsu di media sosial dan mengingatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian dan buli siber,” ujarnya.

Pelbagai program menarik menanti peserta program ini merangkumi pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, senamrobik, ceramah, sembang santai dan edaran bahan penerbitan, kuiz kenegaran, hebahan awam, bacaan Rukun Negara dan nyanyian lagu patriotik yang mempunyai misi untuk memperkasa perpaduan komuniti di peringkat akar umbi sempena Sambutan Hari Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda