Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelab Malaysiaku Pemangkin Semangat Patriotisme

By 9 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohd Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2 telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Taklimat Sistem Raja dan Perlembagaan dan Kemerdekaan.

Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Chiku 2 Nurul Nor Ashikin Mat Juni, berkata program ini seiring dengan tema ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ di mana penekanan melalui jiwa dan naluri setiap pelajar diutamakan agar lebih menghargai pejuang kemerdekaan hingga kita dapat menikmati hasil keamanan pada hari ini.

“Melalui pendekatan tersebut, pelajar bukan sahaja mengenang sejarah tetapi perlu menghargai dan terus memperjuangkan kemerdekaan di dalam kehidupan seharian,” katanya.

Ahli Kelab Malaysiaku Aznita Anira Amlan, 16, berkata beliau memang amat teruja setiap kali tiba Bulan Kebangsaan kerana pelbagai aktiviti diadakan.

Pertandingan keceriaan kelas kemerdekaan.

“Saya merasa bangga menjadi ahli Kelab Malaysiaku kerana salah satu kelab berperanan untuk memupuk semangat cintakan negara.

“Setiap kali Bulan Kebangsaan, Kelab Malaysiaku akan membantu pihak sekolah untuk menjayakannya dan bertuahnya apabila saya dapat menyumbang tenaga bagi segala aktiviti sempena Bulan Kebangsaan,” katanya

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Taklimat Sistem Raja dan Perlembagaan dan Kemerdekaan, pertandingan seperti mewarna, keceriaan kelas, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam dan persembahan teater kemerdekaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda