
Laporan/foto: Wee Kim Been
PASIR MAS, 20 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis Sukan Sekolah Kelantan telah berjaya merangkul pingat emas bagi tahun 2024 dalam kategori bawah 12 tahun lelaki dan pingat perak bagi wanita bawah 12 tahun perempuan.
Menurut Nik Mohd Nazri Nik Hasan, 43, selaku jurulatih bagi negeri Kelantan, MSSK Kelantan pernah menjuarai pingat emas individu 12 tahun perempuan pada tahun 2018, manakala untuk berkumpulan, pula pernah merangkul pingat emas pada tahun 2000.

Gan Kheng Chiong, 55, bersama adik Gan Wen Han, 12 tahun di kejohanan Catur MSSM 2024
Katanya, kejayaan kali ini merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna untuk anak-anak catur negeri Kelantan dalam mengorak langkah yang lebih jauh bagi melahirkan atlet baru dalam dunia catur generasi akan datang.

Abdul Shukur, 48, bersama anaknya Mohamed Ammar Rayyan bin Shukur, amat bersyukur anaknya pada kali ini dapat menjuarai ketogari bawah 12 tahun lelaki 2024
Dalam pada itu, bapa Gan Wen Han, Gan Kheng Chiong, 55, menyifatkan perlawanan catur ini dapat meningkatkan tumpuan dengan fokus yang tinggi kepada selok belok permainan serta dapat mengembangkan keupayaan pemikiran dan penumpuan yang lebih baik serta meningkatkan prestasi akademik mereka dari masa ke semasa.
“Latihan pemikiran catur dapat melatih perancangan strategik dan berpandangan jauh, serta membolehkan kanak- kanak menjangkau akibat dan membuat pilihan logik dalam pelbagai aspek kehidupan,” ujar Abdul Shukur, 48, bapa kepada Mohamed Ammar Rayyan.
Kejohanan ini telah berlangsung di SJK (C) Cheah Fah, Iskandariah Puteri Johor, bermula dari 13 sehingga 19 September 2024.
Majlis perasmian kejohanan MSSM telah disempurnakan oleh Ali@Zainal Abidin bin Syed Mohamed, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Johor.
-AA-