Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kemeriahan Ambang Merdeka Raih Kegembiraan Buat Penduduk Permatang Kuang

By 1 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani/E’liasak bin Omar (Seberang Perai Utara)

PERMATANG KUANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Ambang Merdeka di Kampung Permatang Kuang tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa acara tahunan ini adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Peserta wanita yang turut menyertai pertandingan pakaian beragam dengan tema retro klasik.

Menurut Hj Abdul Razak Hashim, 69, sambutan Merdeka di Permatang Kuang setiap tahun dilaksanakan dengan pelbagai pengisian, antaranya gotong-royong membakar ayam dan penyediaan hidangan nasi talam bagi meraikan sambutan kemerdekaan.

“Sebelum detik 12 malam, penduduk akan mengimarahkan masjid dengan bacaan tahlil, diikuti pengisian lain seperti pertandingan pakaian beragam dan sesi cabutan bertuah.

Peserta lelaki menyertai pertandingan pakaian beragam dengan tema retro klasik

“Pagi 31 Ogos pula akan diadakan kayuhan Merdeka Permatang Kuang,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Masjid Permatang Kuang, di sini kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewab Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyantuni penduduk Permatang Kuang dan seterusnya merasmikan program JIWA Merdeka Komuniti MADANI Permatang Kuang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda