Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KK Sungai Siput Tempat Kedua Pertandingan Inno-Tech KK Malaysia

By 23 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/KKGP

GERIK, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Aplikasi Agensi Pelancongan Hope Travel Agency (Heaven of Perak), hasil idea kreatif dua orang pelajar Kolej Komuniti (KK) Sungai Siput berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Innovation & Technology (Inno-Tech) Kolej Komuniti Malaysia.

Hasil kreatif yang dihasilkan berjaya meraih tempat kedua pertandingan ini.

Kolej Komuniti Gerik Perak (KKGP) dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan tersebut berlangsung selama tiga hari di KKGP dengan penyertaan diterima daripada 30 kumpulan pelajar Sijil Teknologi Maklumat (STM) KK dari seluruh negara yang bertanding dalam kategori Mobile Innovators Challenge.

“Aplikasi ini telah dihasilkan oleh dua orang pelajar STM KK Sungai Siput iaitu Harrish Rajasurian dan Magalachumi Kaliswaran.

“Penyertaan pertama kali mereka di Inno-Tech adalah untuk menyuburkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda,” menurut kenyataan tersebut.

Harrish dan Magalachumi ketika sesi pembentangan aplikasi yang dihasilkan.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM700, piala, medal dan sijil dengan hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Seksyen Teknologi, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Rohaniah Mohd Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda