Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Klik Dengan Bijak’ Cetus Kesedaran Masyarakat

By 27 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri/Sufian Rashid

PERMATANG DAMAR LAUT, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk setempat serta pengunjung yang hadir ke Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang, hari ini diberi pendedahan berharga mengenai kepentingan penggunaan Internet secara berhemah melalui taklimat ‘Klik Dengan Bijak’ anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Para perserta menonton tayangan video berkenaan ‘scammer’ yang disediakan oleh pihak SKMM.

Penolong Pengarah SKMM Pulau Pinang, Mohammed Fitri Ismail, 35, dalam taklimatnya menegaskan bahawa penggunaan Internet secara bertanggungjawab amat penting bagi mengelakkan ancaman siber, penyalahgunaan maklumat, dan ketagihan digital yang semakin membimbangkan.

Seorang pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Ainaa Nur Zahira, 20, berkata taklimat ini benar-benar membuka matanya tentang bahaya di Internet dan cara yang betul untuk melindungi diri.

“Saya kini lebih sedar tentang kepentingan privasi dan akan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat secara dalam talian,” katanya.

Generasi muda memenuhi ruang taklimat SKMM.

Program ini menjadi platform penting dalam mendidik generasi muda untuk lebih berhati-hati serta beretika dalam penggunaan teknologi digital yang semakin pesat berkembang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda