Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kolaborasi 10 Sekolah Jayakan Kayuhan Kembara Merdeka

By 13 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Hujan di pagi hari tidak menghalang semangat jiwa merdeka, peserta Jalinan Kayuhan Kembara Merdeka yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alma Jaya, Machang Bubok, di sini kelmarin.

Dua titik semakan menjadi destinasi bagi peserta kayuhan berehat sebentar iaitu Masjid Jamek Bukit Teh dan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 2, seterunya berakhir di SK Alma Jaya.

Perasmian Jalinan Kayuhan Kembara Merdeka oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alma Jaya.

Guru Besar SK Alma Jaya Safuan Shuib melepaskan hampir 100 peserta kayuhan yang terdiri daripada pelajar dan guru daripada 10 buah sekolah terlibat menjayakan program ini.

Menurut, Safuan matlamat utama penganjuran kayuhan ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan bertujuan menanam semangat patriotisme dalam kalangan murid serta guru.

“Kami ingin mendidik warga sekolah tentang sejarah kemerdekaan negara serta memperkukuhkan hubungan antara sekolah agar silaturahim terjalin erat dalam usaha mencapai kejayaan bersama,” katanya.

Peserta kayuhan tiba di SK Alma Jaya semula, destinasi terakhir program.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi tempatan seperti Jabatan Penerangan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memperlihatkan semangat kerjasama antara institusi pendidikan dan masyarakat setempat.

Antara sekolah yang terlibat termasuk SK Juara, SK Alma, SK Taman Impian, SK Bukit Minyak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Alma, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Ya, SK Machang Bubok 2, SK Sungai Rambai dan SK Khir Johari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda