
Laporan/foto: Viji Kiruthika Sondaraj/Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Seberang Jaya bersama Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang, telah menganjurkan Program Semarak Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia 2024, hari ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan oleh Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya.
Program yang diadakan di Kolej Komuniti Seberang Jaya ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan fotografi, video, kuiz, deklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik, dan reka cipta kad ucapan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang melibatkan 331 pelajar dan staf dari enam kolej komuniti di seluruh Pulau Pinang.
Menurut Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya Ts. Hj Husaini Aza Mohd Adam, program bertujuan memupuk semangat cinta tanah air dan memberi inspirasi kepada pelajar tentang semangat perjuangan kemerdekaan negara.
“Ini adalah usaha kami untuk memastikan generasi akan datang menghayati nilai-nilai patriotik dalam jiwa yang merdeka.

Para peserta bersemangat menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
“Inisiatif ini selaras dengan matlamat Pendidikan Nasional untuk melahirkan generasi yang berilmu, mampu menghadapi cabaran dengan semangat muhibbah dan mencintai tanah air serta keharmonian pelbagai kaum,” katanya.
-ZS-