Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Komuniti Kampung Baru Kemasik Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia

By 9 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Kampung Baru Kemasik dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Baru Kemasik telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) melalui Program Jiwa Komuniti MADANI@Merdeka Kampung Baru Kemasik, di sini kelmarin.

Golongan kanak-kanak teruja menghias basikal masing-masing bertemakan kemerdekaan.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Baru Kemasik Abdul Nasir Muhamad, berkata program kali ini mendapat sambutan yang meriah terutamanya daripada golongan kanak-kanak dan suri rumah dan membentuk satu jalinan kerjasama yang baik antara jabatan kerajaan dan warga komuniti.

“Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Rumah Semangat Merdeka, pertandingan basikal berhias bertemakan merdeka, pertandingan congkak dan taklimat Klik Dengan Bijak oleh NADI.

Turut diadakan taklimat Klik Dengan Bijak oleh NADI Kampung Baru Kemasik.

Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru Kemasik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda