
Laporan/foto: Shahfiq Aqmal Akil (Sarawak)
MUKAH, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Tiga Komuniti MADANI DUN Dalat telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana Program dan Majlis Makan Malam Apresiasi Jiwa Madani Peringkat Parlimen Mukah Sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 di Dewan Sri PEKALA, Kampung Kuala Lama.

Sekitar Majlis Makan Malam Apresiasi Jiwa Madani Peringkat Parlimen Mukah.
Komuniti MADANI Uyak, Komuniti MADANI Rumbia dan Komuniti MADANI Dalat dengan 10 orang bagi setiap komuniti hadir bagi menyambut dan memeriahkan lagi program tersebut.
“Lapisan masyarakat tidak perlu terburu-buru menularkan berita dengan cepat dan perlu disemak dahulu adakah ianya benar berlaku ataupun hanya berita lama yang tular kembali,” kata Pegawai Penerangan Daerah Mukah Syarulizan Madian, semalam.

Sekitar Majlis Makan Malam Apresiasi Jiwa Madani Peringkat Parlimen Mukah.
Antara yang hadir dalam program tersebut Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib, Ketua Penolong Pengarah Negeri Sarawak Roszilawati Nor Aziz, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum.
-ZS-