Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Komuniti MADANI Ejen Penyampai Maklumat Melalui Program Yang Dianjurkan

By 10 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/PenPekan (Pekan)

PEKAN, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI yang ditubuhkan turut menjadi ejen penyampai maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan melalui program yang dianjurkan di kawasan masing-masing.

Penyampaian cenderahati oleh Pegawai Penerangan Daerah Pekan kepada peserta program.

Setiausaha Komuniti MADANI Mukim Langgar 2 Mazlan Manaf, berkata program-program yang dianjurkan selain daripada pengisian yang telah dirancang, pelbagai maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dapat disampaikan.

“Misalnya Program Jiwa Komuniti MADANI kali ini bertujuan mendekatkan penduduk dengan amalan agropolitan yang betul dan dalam masa yang sama perlu wujud rasa terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan modal yang besar untuk menjalankan projek tanaman jagung” katanya yang ditemui kelmarin di kebun jagung yang mendapat suntikan dana Sejati MADANI.

Sesi nasihat dari Penolong Pegawai Pertanian Muhammad Hasnor Hassan tentang penyakit jagung.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti MADANI Mukim Pulau Manis Shahrul Azwan, berkata selain dapat menyebarkan maklumat ahli komuniti dan penduduk setempat turut dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

“Apabila kampung-kampung ini terlibat dalam satu program seperti ini , secara tidak langsung mereka semakin mesra dan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda