Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Komuniti MADANI Parlimen Muar ‘Takluk’ Batu Pahat

By 13 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi (Muar)

BATU PAHAT, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 120 ahli Komuniti MADANI dari Parlimen Muar telah menyertai aktiviti tayangan filem ‘Takluk: Lahad Datu’ bertempat di Paragon Cinema BP Mall, di sini kelmarin.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik menggegar dewan pawagam selepas selesai tayangan filem ‘Takluk: Lahad Datu’.

Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Musliha Yusuf, berkata program tayangan tersebut merupakan salah satu pengisian yang disusun dalam Program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Muar anjuran Pejabat Penerangan Daerah Muar.

“Tayangan yang bersifat filem patriotik seperti ini perlu diterapkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bagi menanamkan semangat cintakan negara khususnya dalam sambutan Bulan Kebangsaan,” katanya.

Menurut Musliha, rombongan Komuniti MADANI Parlimen Muar turut dibawa melawat Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat di Jalan Zahara.

Pegawai Penyelaras Parlimen Muar Mohd Shazreen Suradi menyampaikan cenderahati kepada Musliha.

Selain menonton tayangan filem, acara turut disemarakkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda