
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh
TANAH MERAH, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Sebagai usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, pelbagai idea dan kreativiti dari masyarakat telah di serlahkan bagi mewujudkan kepelbagaian dalam setiap sambutan yang diadakan.

Para juri sedang menilai dan menghakimi pulut kuning yang dipertandingkan.
Berlainan sambutan di Program Jiwa Komuniti Madani@ Merdeka Gual lpoh, Pejabat Penerangan Daerah Tanah Merah, Komuniti MADANI Gual Ipoh dan Pertubuhan Madani Gual Ipoh (MMGI) telah mengadakan pertandingan hiasan Pulut Kuning Merdeka bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Gual Ipoh Khairul Anuar Haron, pertandingan hiasan Pulut Kuning Merdeka diadakan sebagai usaha masyarakat dan penduduk untuk menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang diadakan di Pusat Aktiviti Masyarakat, Kampung Ternang.

Johan Pertandingan Hiasan Pulut Kuning Merdeka Rohana Ahmad.
Johan pertandingan hiasan pulut kuning merdeka, Rohana Ahmad, tidak menyangka pulut kuning yang dihiasi Jalur Gemilang bersama tokoh kemerdekaan negara menjadi pilihan juri untuk mendapat tempat pertama.
“Saya hanya berbelanja RM100 sahaja dan mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan hiasan pulut kuning ini.
Selesai sahaja pertandingan hiasan pulut kuning merdeka, orang ramai yang hadir diberi peluang untuk menikmati keenakan pulut kuning yang dipertandingkan sebagai jamuan makan.
-ZS-