Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kupasan Bicara Agama, Pemimpin yang Diteladani di Masjid Al-Qahhar

By 27 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md. Suhaimi/Sufian Rashid

BATU MAUNG, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Program Bicara Agama sempena Karnival Kita MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang telah berjaya menarik kehadiran ramai penduduk setempat di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut.

Acara ini menampilkan penceramah tersohor tanah air Ustaz Au’ni Mohamed yang mengupas tajuk ‘Pemimpin yang Diteladani’.

Dalam kupasannya, Ustaz Auni menekankan betapa pentingnya ciri-ciri kepemimpinan yang berlandaskan ajaran agama, khususnya dalam membimbing masyarakat ke arah kebaikan.

Caramah yang disampaikan menarik tumpuan para jemaah.

“Seorang pemimpin mesti menjadi contoh kepada masyarakat melalui akhlak dan amanah yang dijunjung tinggi,” tegasnya di hadapan lebih 500 pengunjung yang hadir memenuhi ruang masjid, di sini malam tadi.

Seorang penduduk setempat Ahmad Faris Salleh, 42, berkata bicara agama ini sangat membuka mata saya tentang peranan kita sebagai pemimpin, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga dalam keluarga.

“Saya rasa lebih terdorong untuk memperbaiki diri dan menjadi contoh yang lebih baik kepada anak-anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif selepas program.

Program ini menjadi salah satu acara yang dinantikan dalam karnival ini kerana berjaya memperkukuhkan hubungan masyarakat setempat sambil menyampaikan mesej-mesej keagamaan yang relevan dan bermanfaat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda