Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Lebih 25,000 Ribu Rakyat Pulau Pinang Saksi Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-67

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md Suhaimi/Shamsul Bahari Abdul Shukor

GEORGE TOWN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Jalan Padang Kota Lama dibanjiri lebih 25,000 pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Negeri Pulau Pinang, semalam.

Kawalan Kehormatan Utama pada awal majlis.

Perarakan yang penuh warna-warni ini menampilkan 106 kontinjen, masing-masing mempersembahkan aksi terbaik dalam perbarisan yang disulami semangat patriotik yang mendalam.

Kontinjen terdiri daripada pelbagai kategori, termasuk pancaragam sekolah menengah dan rendah, badan beruniform institusi pendidikan, badan beruniform kerajaan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak berkuasa temoatan, badan berkanun, swasta serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menambahkan lagi seri acara ini.

Perarakan daripada jabatan dan agensi.

Seorang pengunjung, Ain Khadeeja Anur, 23, berkata ini adalah kali pertama beliau hadir ke acara sambutan Hari Kebangsaan.

“Saya sangat teruja melihat semangat rakyat Pulau Pinang yang begitu bergelora walaupun dalam keadaan cuaca yang sedikit gerimis.

“Saya pasti sambutan ini tidak hanya mempamerkan keindahan perarakan, tetapi juga memperkukuh rasa bangga dan cinta kepada tanah air di hati setiap yang hadir,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda