Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lebih 5,000 Warga Pekan Menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

By 1 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Mohd Rohaizad

PEKAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 5,000 warga Pekan membanjiri Dataran Majlis Perbandaran Pekan tahun bagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67, di sini semalam.

Sambutan tahun ini bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dipancarkan jelas oleh pengunjung yang hadir seawal pukul 6.30 pagi dengan ramai yang berbusana patriotisme berlatar belakangkan warna-warna Jalur Gemilang.

Acara yang disambut dengan penuh gilang-gemilang pada kali ini dimulakan dengan perarakan masuk Kawalan Kehormatan Utama dari kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Pekan.

Sebanyak 38 kontinjen berjalan kaki dari agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil bahagian pada kali ini dan sebanyak 15 penyertaan perbarisan berkenderaan mengambil bahagian dengan pelbagai gaya hiasan.

Dalam ucapannya, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli memuji sikap dan semangat kemerdekaan para peserta dan orang ramai yang dipamerkan pada pagi ini.

“Kemerdekaan ini milik kita semua tak kira di Pekan atau di tempat lain.

“Hari ini hari kebanggaan kita semua maka teruslah meraikannya dalam tertib perpaduan dan keharmonian sesama kita,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda