Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lebih 60 Bot Sertai Perarakan Bot Berhias Sempena Sambutan Hari Malaysia 2024

By 30 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)/PDT Hilir Perak

TELUK INTAN, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 60 bot menyertai Perarakan Bot Berhias Perak Sejahtera 2030 sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2024 Peringkat Daerah Hilir Perak yang berlangsung di Dataran JPS Kampung Terengganu, di sini kelmarin.

Mohammad Nizar (dua kanan) dan Mufidah (tengah) bersama kesemua pemenang bot berhias bagi kategori bot bersaiz 17 kaki dan ke atas.

Sebanyak tiga kategori bot dipertandingkan iaitu kategori terbuka bagi bot bersaiz 16 kaki ke bawah dan bot bersaiz 17 kaki ke atas. Kategori ketiga pula dibuka kepada penyertaan daripada jabatan, agensi, syarikat dan persatuan yang berminat.

Pegawai Daerah Hilir Perak Mufidah Mahfodz, berkata Perarakan Bot Berhias ini secara simboliknya diadakan sebagai mengambil semangat sempena perarakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun.

“Namun begitu, program ini disesuaikan dengan keraian di atas sungai melibatkan mereka yang berbakti dan menikmati kehidupan daripada hasil sungai.

Orang ramai terutama kanak-kanak begitu teruja ketika bot berhias membuat perarakan.

“Perarakan ini sekali gus menyahut saranan YAB Perdana Menteri yang menyeru rakyat untuk mengibar Jalur Gemilang bagi meningkatkan semangat patriotik Malaysia MADANI,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda