Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lukisan Mural Bangkit Suasana Ceria Hospital Teluk Intan

By 20 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Hospital Teluk Intan

TELUK INTAN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Lukisan mural yang menghiasi dinding di sekitar Klinik Otorinolaringologi (ENT) berjaya membangkitkan suasana ceria di Hospital Teluk Intan.

Pengarah Urusan Colourful Arts Manogaran Ramasamy, ketika dihubungi berkata, aktiviti melukis mural yang berlangsung kelmarin merupakan kerjasama antara Colourful Arts, Pertubuhan Seni Lukis Hilir Perak dan Hospital Teluk Intan.

Antara anak murid Manogaran yang menyumbang dalam aktiviti melukis mural

“Pengalaman dalam bidang lukisan seni mural selama 40 tahun dan sebagai pengajar seni lukis selama 17 tahun mendorong saya untuk menyumbang kepada masyarakat melalui lukisan.

“Lukisan yang cantik akan memberi ketenangan, jadi saya berharap dengan sumbangan lukisan mural ini akan mewujudkan aura yang positif dan menimbulkan ketenteraman kepada pesakit yang menerima rawatan di hospital ini,” katanya.

Lukisan mural dilukis di persekitaran Klinik ENT

Tambah Manogaran, aktiviti melukis mural ini berlangsung selama lapan jam dan dilakukan sepenuhnya oleh pelukis dari Colourful Arts dan Pertubuhan Seni Lukis Hilir Perak yang juga merupakan anak muridnya.

Dalam pada itu, Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) Ser Reen Eh Plin, berterima kasih atas usaha yang telah dicurahkan oleh Colourful Arts dan Pertubuhan Seni Lukis Hilir Perak dalam menyumbang idea dan tenaga untuk menceriakan persekitaran Klinik ENT.

“Kini persekitaran bertambah cantik dan ceria malah pesakit tidak lagi berasa bosan semasa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya sebagai mewakili Hospital Teluk Intan.

-AA-

Tinggalkan komen anda