Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

MADACorp Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Daerah Kota Setar

By 23 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)/Asmirul Anuar Aris (Madacorp)

ALOR SETAR, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melalui anak syarikatnya MADACorp telah melancarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Anak Bukit.

Antara Penduduk Kampung Alor Gunung yang datang mendapatkan bekalan makanan.

Meneruskan edaran bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Pondok Tanjung Bedil, Kampung Alor Gunung dan Kawasan Masjid Lama Kampung Sungai Baru lewat petang semalam, sebanyak 400 bungkus bekalan makanan telah diagihkan kepada semua mangsa sekitar kawasan tersebut.

“Alhamdulillah bantuan ini menunjukkan sikap keprihatinan kepada mangsa banjir sekadar kemampuan kami melalui MADACorp dan juga hasil sumbangan orang perseorangan. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang,” ujar Pengerusi MADACorp Asmirul Anuar Aris.

Sebahagian mangsa yang masih belum berpindah ke PPS menerima bantuan dari Pengerusi MADACorp.

Salah seorang mangsa banjir, Nik Umak Nik Man, 71, meluahkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai kepada mereka. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada kerajaan yang tanpa henti menyalurkan bantuan dari pelbagai aspek.

Sejak minggu lepas, Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 5,280 orang daripada 1,730 keluarga di 19 PPS yang telah dibuka sejak bencana itu menimpa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda