Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Majlis Himpunan 24K Huffaz Mengumpul 24,000 Huffaz

By 16 September 2024September 17th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Hafizee Md Hashim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Himpunan 24K Huffaz berjaya mengumpulkan seramai 24,000 Huffaz dari seluruh negara di Masjid Wilayah Persekutuan kelmarin.

Antara matlamat utama program ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama antara agensi pelaksana TVET dan institusi tahfiz.

Anwar menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Institusi Tahfiz dalam SPM 2023 kepada wakil penerima.

Pengisian program ini melibatkan pameran institusi TVET dan industri yang menawarkan program khusus untuk komuniti tahfiz dan memberikan pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran.

Selain itu, sesi konsultasi turut diadakan untuk memberikan maklumat terperinci mengenai peluang latihan dan laluan kerjaya dalam bidang TVET yang sesuai dengan latar belakang pendidikan tahfiz.

Dengan pengisian yang komprehensif, program ini diharap dapat membuka laluan baharu bagi para Huffaz untuk terus cemerlang dalam dunia profesional sambil mengekalkan identiti mereka sebagai penghafaz al-Quran.

Program anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis TVET Negara turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Reruai pameran agensi dan pelajar tahfiz yang hadir.

Dalam ucapannya semalam Anwar, berkata masa depan pelajar tahfiz sentiasa diberi keutamaan, lebih banyak peluang diberikan kepada mereka menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi kerjasama semua kementerian.

“Mengapa kita perlu TVET? Kerana pelabur datang, kerana Malaysia dijadikan medan terpenting di Asia Tenggara untuk semikonduktor, teknologi tinggi dan selepas ini pula kecerdasan buatan (AI).

“Ini semua memberi peluang dan kita tidak mahu anak-anak huffaz ketinggalan,” katanya.

Inisiatif seperti pelancaran Waqaf Mushaf Huffaz dan eksplorasi TVET-Tahfiz jelas menunjukkan langkah proaktif dalam menyokong perkembangan ilmu al-Quran dan pendidikan teknikal bagi memastikan para huffaz terus cemerlang, berdaya saing dan relevan dalam membina masa depan negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda