Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Masyarakat Kapit Sambut Baik Rombongan Konvoi KMJG 2024

By 10 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhafizah Yusof (Sarawak)

KAPIT, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jabatan Penerangan (JaPen) meneruskan penjelajahannya ke daerah Kapit.

Perjalanan selama tiga jam dari Sibu ke Kapit disambut baik oleh masyarakat Kapit yang bertempat di rumah Manok Manchal dengan harapan dapat membantu mereka untuk memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia setelah bebas daripada penjajah barat.

Program KMJG peringkat Daerah Kapit ini melibatkan beberapa pihak khususnya daripada Residen Kapit, Pegawai Daerah Kapit, Polis Diraja Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Kapit, Pemancha Iban, Pemancha Melayu, Pemancha Cina, Tuai Rumah sekitar DUN N.63 Bukit Goram, Kelab Sukan Bermotor Jaguh (KSBJ) Cawangan Kapit dan ahli-ahli Komuniti MADANI Daerah Kapit.

Penjelajahan konvoi diharap bertindak sebagai satu platform untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Kapit serta dapat mendidik untuk terus kekal menghargai keharmonian dalam diri masyarakat berkenaan.

Lydia Manok.

Salah seorang masyarakat Kapit Lydia anak Manok, 39, ketika ditemui semalam, berkata dia sangat gembira dan terharu dengan kedatangan peserta konvoi ke rumah panjang mereka bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara.

“Saya berasa amat gementar melihat kedatangan orang ramai ke sini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan merasa amat bangga dapat menyambut kedatangan peserta konvoi ke rumah panjang kami. Hal ini kerana perkara ini jarang sekali berlaku dan ini merupakan kali pertama saya menyambut kedatangan konvoi.

“Saya juga berharap tahun hadapan akan berlangsung lagi program sebegini di rumah panjang kami,’’ ujarnya.

Saripah.

Saripah Budit, 64, turut gembira semasa menyambut peserta konvoi kerana suka akan kehadiran orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang yang jarang diadakan di sini.

“Hari ini kami penduduk Rumah Panjang Manok Manchal bertuah terpilih sebagai salah sebuah hentian konvoi dan diharapkan ianya akan diadakan kembali pada tahun mendatangn,” ujarnya.

Sementara itu, Belong Sungai Gadiet Yong, 75, yang berketurunan Iban, berkata beliau sangat mengalu-alukan kunjungan daripada orang ramai bagi menyambut ketibaan konvoi sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Belong.

“Saya pun berpuas hati tengok dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi datang dari pelbagai pelosok negeri memeriahkan program hari ini di Rumah Manok Manchal, Sungai Yong,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda