Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Masyarakat, Pemimpin Digalak Manfaatkan Kemahiran di Kolej Komuniti

By 9 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat dan pemimpin setempat disaran memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan Kolej Komuniti untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai program-program yang disediakan.

Dr Mohd Zahari ketika ditemui wartawan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Pendidikan dan Kolej Komuniti (JPPKK) Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail, berkata Kolej Komuniti menawarkan pelbagai program untuk komuniti seperti patisserie termasuk pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.

“Pemimpin dan masyarakat boleh berhubung terus dengan pihak kolej dan memaklumkan keperluan komuniti tersebut.

“Selain masakan, kita juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti automotif, pelancongan dan pembinaan,” katanya.

Zahari, tetamu jemputan dan peserta Festival TVET Madani @ KKSY bergambar bersama selepas majlis penutup semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Festival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani @ Kolej Komuniti Selayang (KKSY), di sini semalam.

Festival TVET Madani @ KKSY merupakan festival yang melestarikan budaya kerja cemerlang dan meningkatkan daya saing dalam penyelidikan, inovasi serta pengkomersialan dalam kalangan pensyarah, pelajar dan komuniti setempat.

Festival bertemakan ‘Kelestarian Ilmu Warisan Malaysia Madani’ bermula 6 hingga 8 September menekankan kepentingan memelihara dan mempromosi nilai-nilai tradisional sambil beradaptasi dengan teknologi moden.

-ZS-

Tinggalkan komen anda