Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

‘Negarawan Terbilang’ Tun Jugah Tokoh Penting dalam Pembentukan Malaysia

By 10 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Cassidy Lisut Tubong (Sarawak)

KUCHING, 10 Sep (Malaysiaaktif) – ‘Negarawan Terbilang’ Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Anak Barieng akan selama-lamanya disanjung sebagai tokoh penting yang memainkan peranan dalam merealisasikan impian pembentukan Malaysia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, berkata tokoh ulung masyarakat Iban ini merupakan insan yang tidak sedikit jasanya dalam menjadikan Malaysia sebuah realiti.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Anak Barieng ‘Negarawan Terbilang’ di Yayasan Budaya Dayak (DCF), semalam.

Kok Mei Wei.

“Saya gembira dapat menghadiri program ini kerana dari sini saya bersama rakan-rakan saya yang dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dapat menambah ilmu pengetahuan dalam mengenali tokoh negarawan ini ,” kata Kok Mei Wei, 22.

Siri kedua bagi Program Mengenang Negarawan bertemakan ‘Negarawan Terbilang’ sempena Hari Kebangsaan itu diadakan selama sehari di DCF dan turut diadakan adalah Pameran Eksklusif Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Anak Barieng.

Program dimulakan dengan sesi pengkisahan yang disampaikan oleh Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum sesi pagi diakhiri dengan sesi soal jawab.

-ZS-

Tinggalkan komen anda