
Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Jabatan Penerangan
PUTRAJAYA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menjemput orang ramai untuk menyaksikan kemeriahan Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin, 16 September ini.
“Kita jemput orang ramai untuk datang beramai-ramai ke Padang Merdeka pada 16 September bermula 7.00 malam dan insya-Allah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan Menteri-Menteri Persekutuan akan hadir dalam acara ini,” katanya.
Menurut Fahmi, persiapan sambutan tersebut berjalan lancar.
“Dari segi persiapan setakat ini nampaknya cukup baik dan ada sejumlah aktiviti dan program seperti program RIUH yang khusus untuk Hari Malaysia yang akan juga diadakan sepenuh sambutan ini,” katanya.
Fahmi, berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementeri Komunikasi Mano Verabathan, berkata pelbagai pengisian seperti Tarian Sambut Tamu ‘Heart of Sabah’ dan Upacara Menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan pada sambutan tersebut.
-ZS-