
Laporan/foto: Lim Poh Choo/Bolhan Basah Sarawak)
KUCHING, 6 Sep (Malaysiaaktif) – ‘Pameran Raja Kita’ memberi makna yang begitu penting bagi Sarawak kerana ia menyediakan banyak maklumat dan info penting tentang latar belakang institusi diraja.

Julaihi (tengah) merakam gambar bersama-sama dengan jawatankuasa induk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2024..
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi semasa sidang media selepas merasmikan ‘Pameran Raja Kita’ bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2024 di Summer Mall, di sini petang semalam, berkata walaupun tidak mempunyai raja dan hanya Yang di-Pertua Negeri, namun Sarawak tetap menghargai sambutan Hari Keputeraan Baginda setiap tahun.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Jolidan Janari, 51, berkata ‘Pameran Raja Kita’ adalah program yang sangat baik dan berinformasi.
“Program yang sangat bagus, memperkenalkan tentang kebesaran kerabat Diraja dan sebenarnya inilah input penting yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu betapa pentingnya kita mengetahui istiadat atau kebesaran raja terutamanya Agong kita, kerana negeri kita Sarawak tidak mempunyai raja, dan ini satu maklumat dan info yang sangat baik untuk semua,” kata Jolidan.

Sesi bergambar PPD Simunjan, Jolidan Janari (kiri empat) bersama rombongan pelajar SMK Simunjan No. 1 yang diiringi oleh Cikgu Lessy Lorna Jines (kanan empat).
Guru pengiring Lessy Lorna Jines, 40, yang membawa rombongan seramai 10 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No. 1, berkata ia merupakan kali pertama beliau melihat sendiri ‘Pameran Raja Kita’ yang diadakan di Sarawak, khususnya di Samarahan.
“Ia merupakan satu pengalaman yang baik dan juga ilmu baharu bagi saya dan anak-anak murid,” katanya.
Terdahulu, Pameran Raja Kita berlangsung selama empat hari bermula semalam hingga 8 September ini dengan pelbagai pengisian lain akan berlangsung dalam tempoh tersebut.
-ZS-