Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pasukan Badminton Para SUKMA Sarawak Adakan Perlawanan Persahabatan dengan Kelab Attapers

By 13 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Petrus Ngalih Tinggi (Sarawak)

KUCHING, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Pasukan Badminton Para SUKMA Sarawak telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kelab Attapers di Dewan Serbaguna Kampung Semeba, di sini semalam sebagai persiapan menjelang Sukan Para SUKMA XXI 2024 yang akan berlangsung di Sarawak dari 23 hingga 27 September ini.

Sekitar perlawanan persahabatan menentang Kelab Attapers di Dewan Serbaguna Kampung Semeba di sini semalam.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada siri persediaan rapi bagi memastikan atlet-atlet Para SUKMA Sarawak berada dalam prestasi terbaik.

“Kami mensasarkan tiga pingat emas dalam beberapa kategori, berdasarkan perkembangan positif serta kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain sepanjang latihan dan siri perlawanan persahabatan ini,” kata Ketua Jurulatih Pasukan Badminton Para SUKMA Sarawak Suhaili Liman, yang optimis dengan kemampuan pasukannya untuk membawa pulang tiga pingat emas dalam temasya kali ini.

Menurut Suhaili, perlawanan persahabatan ini memberikan peluang kepada pemain untuk mengasah kemahiran mereka dan meningkatkan keyakinan menjelang pertandingan sebenar.

Sekitar perlawanan persahabatan menentang Kelab Attapers di Dewan Serbaguna Kampung Semeba di sini semalam.

“Perlawanan ini juga membantu kami mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum Sukan Para SUKMA nanti,” katanya.

Pasukan Badminton Para SUKMA Sarawak, yang terdiri daripada pemain-pemain berbakat dari seluruh negeri, dijangka akan menghadapi cabaran hebat daripada pasukan-pasukan lain, namun komitmen dan dedikasi mereka menjanjikan persaingan sengit di pentas nasional.

Para SUKMA XXI 2024 bakal menyaksikan penyertaan atlet dari seluruh negara dalam pelbagai acara sukan, dan Sarawak sebagai tuan rumah bertekad untuk menonjolkan prestasi cemerlang dalam setiap kategori.

-ZS-

Tinggalkan komen anda