Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PAWE Bantu Warga Emas Kekal Aktif

By 1 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua merupakan inisiatif meningkatkan kualiti kehidupan warga emas dengan lebih aktif.

(Tiga dari kiri) Amirudin memotong riben perasmian PAWE Sungai Tua sebuah pusat untuk warga emas menjalankan aktiviti.

Katanya, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membelanjakan sebanyak RM2.4 juta untuk pembinaan PAWE di Sungai Tua.

“MPS menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini yang membangunkan sendiri pusat aktiviti warga emas.

“Pusat warga emas ini mula dibina 2023 dan telah siap dengan pelbagai penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang mampu menampung antara 150 hingga 200 orang,” katanya kepada media selepas merasmikan pusat warga emas itu, di sini hari ini.

Amirudin meninjau sayur yang ditanam di kebun komuniti yang terletak di dalam kawasan PAWE Sungai Tua.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memaklumkan kemudahan PAWE akan membantu Kerajaan Negeri menghadapi cabaran menampung peningkatan jumlah jangka hayat rakyat di Selangor.

“Tahun 2008 jangka hayat di Selangor pada umur 65 tetapi data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jangka hayat telah meningkat ke 78.

“Kita tidak boleh fikirkan hanya sedia pusat ‘kindergarden’ tetapi perlu menyediakan pusat aktiviti untuk warga emas jalani kehidupan dengan aktif,” jelasnya.

PAWE Sungai Tua dibina atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas 0.58 ekar di Mukim Batu dengan konsep rekaan modern tropical.

Tinggalkan komen anda